Lame tak belajar perlajaran SIRAH sejak aku pindah ke sekolah baru . Tapi harini aku ingin mengimbas kembali pelajaran SIRAH yg ku ingat . Ye la , malukan , kita ni umat nabi , tapi Sirah baginda kita tak tau sepatah haram pun . Malu lar :'( . Okey bermula dr nabi kecil ;
Dilahirkan : Pada 12 rabiul awal tahun Gajah , hari Isnin . :)
Wafat : Sedihnye bace kisah baginda NABI S.A.W wafat . Baginda wafat semasa umur baginda 63 Tahun . :'( .
Ape yg ku ingat , semasa baginda wafat , baginda tak ke masjid sebab mase tu baginda dah nazak . ALLAH, sedihnya . Semasa malaikat ingin mencabut nyawa baginda , kepala baginda diletakkan di atas peha ISTERI BAGINDA , SAIDATINA AISYAH . Semasa itu , hanya baginda dan ALLAH sahaja yg tahu betapa sakitnya malaikat mencabut nyawa baginda seperti 300 tusuk pedang ! ALLAH , aku ni terkena pisau dijari sudah berasa sakit , apatah lagi dgn parang mahupun pedang .
Semasa itu , dengan rasa cintanya Baginda kpd umatnya ( kita ) , baginda berkata kpd ALLAH , "Berikanlah keperitan mencabut nyawa ini kepada diriku sahaja , jangan engkau berikan keperitan ini kpd umatku " . Sebab itu nasyid " Ya hanana bermaksud " Betapa beruntungnya kami sebagai Umatnya " . ALLAH , betapa kasihnya Rasulullah kpd kita tetapi kita sering lupakan beliau dan jarang2 mengingati beliau kerana terlalu enjoy dengan DUNIAWI sedangkan di akhirat kelak , kita akan mencari baginda untuk meminta pertolongan drp Baginda . Lancar jariku ini menulis kisah baginda tidak seperti biasa .
Dan ape yg ku ingat , semasa baginda sudah meninggal dunia , sahabat baginda , BILAL BIN RABBAH , seorang yg hitam legam tetapi suaranya yg merdu ketika azan menangis ketika ingin mengazankan solat . Semasa azan "ASYHADUANNA MUHAMMADAN ROSULULLAH " , beliau terhenti lantaran menangis mengenangkan NABI . Sahabat2 nabi termasuk seorang pahlawan yg tegas dan berani , SAIDINA UMAR AL-KHATTAB pun tidak dapat menerima hakikat yg Nabi telah pun meninggalkan mereka .
Para Taabiin mengenang saat2 mereka bersama dgn nabi . ALLAH , :'( . Dan ku masih ingat pesan nabi kpd umatnya , selawatlah keatasku , nescaya , aku akan berselawat ke atas mu . Malahan , nabi berkata , sesiapa yg berselawat ke atas baginda , di akhirat kelak , ketika kita tergelincir di gaung neraka , Nabi akan menarik tangan kita ..
Dan aku masih ingat ketika Nabi dan majikannya diberi nama ' ZAID BIN HARISAH ' , ketika berdakwah ke suatu tempat yg bernama TAIF . Mereka disambut dgn lemparan batu-batuan kearah nabi . ZAID BIN HARISAH menahan nabi dan melindungi nabi di hadapan . Namun begitu , lutut nabi dan Zaid Bin Harisah pecah2 lutut . ALLAH . :'( .. Bagaimanakah perasaan anda bila baca kisahnya . Malular ujian UPKK dapat B sirah .. Okey , sambung cerita .. Masih berlumuran darah Nabi dan ZAID , tetapi , yg aku terkilan dan terpegun dgn sikap NABI yg TABAH dan tidak pula membalas perbuatan keji penduduk Taif . Aku ringkaskan cerita , semasa itu , nabi dan zaid berehat di sebuah pondok berdekatan dgn ladang anggur . Datang malaikat Jibril diutuskan oleh ALLAH lalu berkata kpd baginda " Wahai Muhammad , aku tidak sanggup melihat kamu dlm berlumuran drh , aku meminta izin drp engkau untuk aku humbankan bukit 'SAF' kpd penduduk TAIF yg mencaci engkau " . Dgn bertenang Nabi berkata " Usahlah . Aku hanya berdoa kpd ALLAH supaya mereka diberi petunjuk drp ALLAH " . ALLAH ! Betapa tawaduknya nabi kpd Malaikat Jibril ..
- Jadi , ayuh kita sebagai umatnya berselawat kpd baginda . Nabi dh banyak berkorban untuk kita , jadi marilah kita balasnya dgn berselawat keatas baginda .ALLAHU MASSOLI ALA MUHAMMAD =')
No comments:
Post a Comment